Assalamualaikum so hai. Okay, harini saya nak go on with my experience pergi interview untuk program diploma kejururawatan for ppum. Okay kita senangkan cerita je. First thing first kan pemakaian tu sangat penting. Ramai orang kena tegur sebab pakaian tak ikut dresscode yang diorang tetapkan (including me) HAHAHAHA. okay ni dresscode untuk pergi interview:
Lelaki :
- Baju kemeja berkolar (seeloknya baju warna terang eg: biru cair, putih etc)
- Bertali leher (WAJIB)
- Seluar slack (Wajib kain licin tak kisahlah korang pakai seluar hitam ke apa tapi kena yang jenis kain licin kalau tak, nanti kena kecam)
- Kasut kulit (ofkos lah kan)
- Baju kurung (make sure kemas!)
- Any tudung (mohon gosok ye)
- Kasut sarung (Sandals are not welcome. take note)
- Baju kemeja berkolar
- seluar slack
- Tudung (gelap & masuk dalam baju)
- Kasut sarung
- Blazer (for more confident)
NOTA : Girls, untuk temuduga korang kena at least pakai lipstick & bedak sebab ada pensyarah tegur nampak pucat. So macam mana nak jaga pesakit. Haa gitulah katanya.
Sambil sambil menunggu tu kan, berzikir & berdoa lah agar semuanya dilancarkan okay. Untuk preparation for temuduga tu. Aku tak prepare apa apa sangat pun. Tapi ada pensyarah phsyco kitorang tanya nama pengetua kolej, nama pengarah ppum & bla bla bla. Kalau korang tahu apa apa, share share lah dengan orang sebelah. Nanti dia pun share apa yang diorang tahu. Okay jom teruskan dengan sesi interview.
Sebelum Temuduga (Depan bilik temuduga)
Raise your confident. Zikir, doa and do what you should do. Betulkan baju, tuck in elok eok. betulkan tudung. Tambah bedak lagi HAHAHA. Wish lah goodluck untuk semua kawan kawan yang nak masuk bilik interview dengan kita tu (aku grouping interview 6 orang). Okay and you're ready.
Semasa Temuduga
Penilaian temuduga bermula sebaik sahaja korang masuk bilik temuduga. Waktu tu rasa awkward sikit sebab dia pandang kita atas bawah atas bawah. Abaikan je diorang. Just masuk masuk senyum and greet. Letak fail resume dekat meja penemuduga. Then, duduk. Duduk tu jangan kangkang sangat, jangan silang kaki sebab diorang pandang & nilai tau. Position tangan pun dia tengok. Tangan tu, lek jelah. Buat biasa biasa je.
First question that came out : Introduce yourself and tell me your talent. How will your talent relate to nursing?
Best answer : Assalamualaikum and good morning. I am (YOUR FULL NAME) . I was from (where you lived) . I was able to (show them your talent) which I believe can help me in nursing.
Make it short! kalau ditanya dalam english, kena guna english. Taknak panjang panjang sebab ramai lagi nak jawab.
and then soalan soalan yang ditanya :
- Kenapa minat nursing?
- Peratus minat nursing?
- Andai kami tidak menawarkan sebarang penajaan, adakah anda masih mahukan program ini? Kenapa?
- Dah bersedia untuk bekerja sepanjang masa untuk cover syif syif tak? (eg: cuti waktu hari raya)
- Terangkan apa yang anda tahu tentang rokok & dadah.
- Kandungan dadah & rokok
- Apakah amalan gaya hidup sihat.
- Penyakit yang akan berlaku sekiranya tak mengamalkan gaya hidup sihat.
- Ciri ciri yang perlu ada pada seorang jururawat.
- Apa persediaan anda untuk menghadiri temuduga?
That's all from me. Nak tanya apa apa, drop your comment below. Thanks for reading. Assalamualaikum.