Apa erti Kawan,Sahabat dan Teman?

10:03 AM

Rindu pada kawan-kawan...
Rindu pada sahabat-sahabat...
Rindu pada insan yg bergelar ..TEMAN...

Difikir-fikirkan semula, rasanya sudah berapa kali ku kehilangan insan-insan untuk digelar sahabat dan kawan. Mungkin ramai yang tidak melihat istilah kawan, sahabat dan teman dengan lebih dekat. Sebenarnya memang terlalu banyak perbezaan dalam hidup kita mengenai ketiga-tiga golongan ini. Jika dihayati sirah junjungan nabi Muhammad S.A.W, kita akan terjumpa istilah seperti ini kecuali istilah kawan. Sahabat misalnya merupakan orang yang rapat dengan Rasulullah s.a.w. Sanggup menggadai nyawa demi sahabat2 yang lainnya. Rasanya tidak perlu diungkapkan lagi bagaimana ketabahan hati para sahabat memperjuangkan agama dan bagaimana erat tautan kasih sayang antara mereka. Manakala Teman pula dalam hidup Rasulullah s.a.w merupakan insan yang paling disayangi Baginda iaitu para isterinya. Sanggup bersama Baginda walaupun dalam kesusahan dan keperitan.

Pengalaman sedari kecil membuatku lebih memilih yang mana boleh dijadikan kawan, sahabat dan teman(tp belum ada lagi). Semasa menjalani Latihan PKN di Kem Seri Perkasa, menemukanku kembali dengan seorang sahabatku sejak dari tadika. Najib Saedi. Pertemuan itu bermula semasa dia berdiri di hadapan pentas untuk pemilihan calon Penghulu. Aku mengamati wajahnya yang amat aku kenali. Sengaja aku menolak tawaran Ketua Jurulatih untuk pemilihan tersebut. Pada keesokan harinya, aku mencari katil Najib untuk memastikan dugaan hatiku bahawa dialah sahabatku yang selalu bermain bersama-sama pada satu ketika dahulu. Semasa bertemu dengannya, sengaja aku menyembunyikan dahulu soalan ku. Cuba menduganya.

"Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam. Saya Najib"
"Oh, Najib ye. Ketua Kompeni Delta kan. Awak tinggal di Terengganu ke?"
"a'ah," Sepatah dijawabnya.
" Kat area mana?"
"Kuala Terengganu,"jawabnya sepatah lagi. Mungkin hatinya sudah mula mengagak sesuatu.
"Kuala Terengganu tu kat Kampung Gong Kijang ek? Dekat dgn Bukit Tunggal tu ke?"Sengaja aku mencabar mindanya dengan soalan seperti itu kerana hatiku sudah hampir yakin dialah Najib sahabatku.

"Ermm...ya. Sekejap. Saya rasa macam awak ni....."ayatnya tergantung di situ. Aku hanya tersenyum. Menyimpan gelak riang dalam hatiku. Sengaja aku membiarkan dia berfikir lama-lama. Mukanya yang comel itu berkerut-kerut mengingatkan sesuatu.
"Ish2..takkan dah lupa."
"Jap..jap..nak ingat nama mung ni"
"Azree la"akhirnya aku memberitahu namaku. Dan dia pun terus memelukku erat.Sejak hari itu aku sedar bahawa jika kita sering berdoa, insyaAllah bantuan Allah akan tiba. Memang tidak dinafikan bahawa aku sering teringin berjumpa semula kawan-kawanku di Terengganu, Cheras dan Seremban.

p/s: ntah apa mengarut atas ni ntah..nanti sambung balik..kui3...tapi ingatlah fahamilah erti KAWAN, SAHABAT dan TEMAN sebaiknya. Nescaya anda akan bertemu dengan orang yang dikehendaki.



Dalam berkawan ni, kita tak boleh terlalu memilih kawan.Memang kita perlu memilih kawan yg baik, tapi tak bermakna kita xboleh berkawan dgn org yg kurang baik.Kalau kita ni jenis suka pegi masjid, jgn kwn ngan kaki-kaki masjid je,kwn la jgk dgn yg kaki pukul ke, kaki bola ke. Mane tahu blh ajak sama-sama pegi masjid nanti.Begitu jgk kalau kita ni jenis high class punya orang, jgn memandang rendah dgn low class pnya org.Begitulah sebaliknya..Teringat kata-kata seorang sahabat,dia kata kwn je dgn semua org walaupun org tu buruk macam 'ewok' (sejenis makhluk asing)sekalipun.Makna kata, berkawanlah dengan semua orang wpon perangai dia kurang elok tapi jangan lah sampai kita pulak yg terpengaruh.

Kalau kita renung balik sirah Rasulullah dgn sahabat-sahabat baginda, kita dapat contohi akhlak-akhlak baginda dan sahabat ketika bersahabat. Bagaimana Saidina Abu Bakar sanggup berkorban ape saja untuk Rasulullah dan begitu juga dgn sahabat-sahabat yg lain.Contohilah Rasulullah dan para sahabat agar kita dapat menjadi sahabat yg sejati..InsyaAllah.

You Might Also Like

0 comment(s)