5 + 2000 + 10

6:15 PM

Assalamualaikum hai readers :) 
*eh aa lagi ke yang baca huhuhu*



Okay, firstly nak cakap sebenarnya dah malas sangat dah update blog entahlah mungkin sebab tahun ni busy sangat kot and In Shaa Allah, I'll keep blogging right after I've done for my SPM. Actually this post just mewakili post for two thousand and fifteen sebab I think after this, I won't make a post. Seriously hahahaha. Yelah, lagipun I takda readers yang keep updating with my blog en en en? I'm pretty sure about it. 

SPM 2015

Ya Allah, korang akan tahu and rasa betapa takutnya untuk face SPM and idk why. Maybe sebab takut tak dapat score kot. Yelah, orang kata "SPM nilah penentu masa depan kita" and i guess they were true about it. Hm yelah, it doesn't mean tak score SPM, takda life. Haih taktaulah. Kita cuba jelah sehabis baik.

Sekarang ni tengah mood : RAJIN RAJINKAN DIRI UNTUK BELAJAR
Of course lah weh. Takkan nak tengok kawan kawan kita scoring well macam tu je SPM nanti. Kita pun nak jugak. Believe me, lagi lagi kalau surrounded by orang yang study smart in study hard. Memang tkkan duduk diam lah kan. Well, at least ada kebaikan. Kalau dorang belajar, dorang macam tarik kita untuk belajar sekali. Well, that's good but if struggling. Wow, I'm trying my best bro! I mean struggling like kat sekolah fokus, petang hw, malam kelas, tengah malam study until 3 o'clock and bangun 5 pagi for solat sunat. I'm trying okay? Please pray for me. Ya Allah takutnya. Grrrr.

HUGE THANKS TO MR SHAHIDIL SARIL
because lending your SPM revision book. Ya Allah, you help me a lot. At least improving my result. We'll see okay? Wait for my PPT result. And yes, orang dah bagi buku revision and macam macam untuk tolong kita. What if... we don't score well? That's why i have to do my best and repay to everyone that helped me before.

and last sekali, please tadah tangan and baca doa ni untuk kita semua :)

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillahi rabbil a'lamin. Wassolatu wassalamu asyrafil anbia iwal mursalin. Wa'ala alihi wasohbihi ajma'in
Ya Allah yang Maha Kuasa,
Engkau ampunkanlah segala dosa dosaku.
Engkau ampunkanlah aku kerana aku tidak menunaikan solat tepat pada waktunya
Ampunkanlah aku kerana aku tidak amanah dengan tanggungjawabku ya Allah
Ampunkanlah aku kerana aku mungkiri janji janjiku dengan Mu ya Allah
Ampunilah dosaku kerana diri ini hanya hambaMu yang hina lagi lemah.
Perbaikilah segala akhlak dan kata kata ku ya Allah
Jauhkanlah aku daripada perkara perkara maksiat.
Ya Allah yang Maha Agung,
Jadikanlah aku hambaMu yang soleh.
Yang mentaati segala suruhanMu dan meninggalkan segala laranganMu
Jadikanlah aku anak yang soleh kepada kedua ibu bapa ku agar aku dapat membahagiakan mereka sehingga akhirat.
Ya Allah, hidupkanlah aku dalam keadaan beriman, matikanlah aku dalam keadaan beriman dan tempatkanlah aku dalam keadaan beriman.
Ya Allah, yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang,
Engkau bantulah KHAIRUL IDZWAN BIN KAMRRUZAMAN dan rakan rakannya ketika menjawab peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2015.
Ingatkanlah mereka, sekiranya mereka lupa.
Tenangkan mereka ketika menjawab dan mudah mudahan mereka memperoleh keputusan 9A+ didalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 2015.
Tenangkanlah hati pemeriksa ketika menanda kertas mereka ya Allah.
Bismillahillazi la yadurru ma'asmihi syai'in fil ardhi wala fissama'i wahuwa sami'ul'alim.
Wassallahu'ala saiyidina Muhammad wa'ala alihi wasohbihi wassalam
walhamdulillahi rabbil 'alamin.
 Amin amin ya Rabbal 'Alamin. Semoga kita sama sama memperolehi keberkatan dan keredhaan Allah SWT. Thanks for reading. Assalamualaikum.

Sincerely,
(Dr.) Idzwan
--------------------
Future Dentist

You Might Also Like

1 comment(s)