Ujian selepas ujian

10:31 AM

Assalamualaikum 




Hahaha dan ye lama sudah tak berceloteh di blog ini. Baiklah saya suka untuk kongsikan mengenai topik "Ujian Selepas Ujian". Adakah anda mengerti apakah yang dimaksudkan oleh saya? Mari kita kupas sama sama topik ini. *hahahaha seriously kelakar gila macam pakar motivasi pula*

Seperti korang sedia maklum, saya kan dah selesai Sijil Pelajaran Malaysia, tapi tak bermakna saya dah selesai segala galanya sebab kali ini, bukan sekadar duduk jawab exam sampai habis exam then merdeka. No no no exactly wrong! Setelah selesai exam SPM ni, kita ada exam dengan Allah pula. Haaa macam mana tu? Baiklah, sekadar ingin berkongsi apa yang saya tahu sahaja.

Exam yang kita lalui selama ini ialah baca dan fahami segala inti pelajaran yang dipelajari kemudian kita duduk di arena yang penuh rasa getir dan gemuruh untuk menjawab segala persoalan mengenai pelajaran yang dipelajari bukan? Kemudian setelah selesai, kita tunggu hasil daripada usaha kita selama ini. Penilaian terhadap penguasaan dan pemahaman kita pada setiap subjek. Akan tetapi, jangan kita lupa bahawa kita juga ada exam selepas berakhirknya exam yang kita lalui. Seperti yang saya katakan tadi, "exam dengan Allah".

Exam dengan Allah pula bermaksud setelah berusaha dengan bersungguh-sungguh, kita hendaklah bertawakkal kepada Allah. Waktu exam kemain lagi solat tahajjud, solat sunat itu dan ini. Siap berpuasa lagi Isnin dan Khamis tapi bila habis je exam, kita terus stop buat semua tu disebabkan istilah "merdeka". Inilah kesilapan yang sering kita lakukan. Ramai orang kecundang dengan exam Allah dan kerana itulah keputusan kita kurang memuaskan. "Tapi kenapa orang tak solat boleh dapat straight A?" Kawan kawan, percayalah segala ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah di Luh Mahfuz ada hikmahnya. Andai ada orang yang tak solat boleh dapat keputusan yang cemerlang, adakah dijamin masa depannya jauh lebih baik daripada orang yang solatnya dijaga tetapi keputusannya biasa biasa je. Buatlah pilihan korang :) Kalau boleh, ikutlah apa yang diperintahkan oleh Allah, dah tercatat dalam Al-Quran. Ikut jelah. Takde guna pun nak bantah itu ini. 

Teruskan istiqamah dalam beribadat. Jika waktu exam kita tak tinggal solat Dhuha, apa salahnya teruskan sehingga hari ini dan hari hari yang akan datang. Solat dhuha ialah solat untuk memohon rezeki. Rezeki Allah tiada jangkaan. Cepat atau lambat itu semua urusan-Nya asalkan kita tak putus putus meminta.

Keputusan yang diterima, itulah ketentuan Allah. Result exam kita dalam SPM dan juga dengan Allah. Kalau tidak bagus seperti kawan kawan yang lain, ingat! Rezeki korang bukan disini ataupun hikmahnya jika korang dapat result yang bagus, Allah tak nak tengok korang sombong dan riak. Bersyukur is the best way. Kepada yang result bagus, jangan lupa. Ini semua rezeki yang diberi oleh Allah. Apa pun result korang, don't forget to say Alhamdulillah dan buatlah sujud syukur sebab okay let say you achieved 3As je kan. Kalau Allah tak tolong jaga ingatan kita, kalau Allah tak tenangkan kita, kalau Allah tak kasi korang jawab exam dengan baik, would you achieve the 3As? That's it :)

Pesanan buat semua
  • Pelihara Solat : Solat merupakan Fardhu Ain. Kelak membantumu di akhirat.
  • Istiqamah : Teruskan beribadat walaupun dah tamat exam.
  • Tawakkal : Berdoa setelah berusaha dengan tekun.
  • Redha : Segala keputusan yang diterima ada baik buruknya.

Sekian salam sayang dan moga bermanfaat,
Khairul Idzwan.

You Might Also Like

1 comment(s)