Panduan Untuk Survive di Seoul Selama 6 Hari dengan Bajet Kurang Daripada RM2,000
10:05 PMLet's wait no more and do your notes!
Assalamualaikum semua, okay tahun ni rezeki saya untuk jejakkan kaki di Korea Selatan! And yes, it was a summer trip to Seoul, South Korea. Okay actually at first, me & my mom just cakap gitu gitu aje macam nak gi Korea lah, Japan lah & at last we booked ourselves the flight ticket to Seoul. So, kitorang pergi between Summer & Fall (late August), so nothing like special pun lol but the flight costs are slightly cheaper lah sebab bukan peak season gitu. Kalau pergi time Spring or any peak season memang akan mahal sikit tapi bergantung pada luck jugak lah. kalau ada yang dapat free seats or any promo ke memang akan dapat murah jugak.
Okay, buat pengetahuan semua this is a family trip(5 orang). So kos perbelanjaan tak berapa accurate lah since ada sumbangan pa&ma gitu hihihi tapi basically kalau nak kirakan kos perbelanjaan lengkap per person memang bawah RM2000.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
The total cost per person for the entire 6d5n trip to Seoul & Gyeonggi-do Province is approximately RM1,905
Okay, memangdangkan saya pergi dengan family, ada beberapa kos yang dapat dikurangkan (kongsi makanan dsb) tapi jangan risau. Kalau travel solo pun,trip korang still akan bawah RM2,000 kalau korang boleh adjust budget korang + bukan heavy shopper lah. We did buy souvenir, misc etc tapi not in a big amount lah. Sedang sedang je.
To be honest, trip ni taklah low cost budget sangat sebab kitorang banyak spend on food! Aha, lagipun harga makanan halal kat Korea mahal sikit daripada harga makanan non-halal. Contoh non-halal meal ₩8,000 makanan halal ₩10,000. Haa sebab tu kitorang tak kisah sangat pasal makan. Yelah, sebab susah nak cari satu, mahal satu. So, once you found the halal restaurant, penuh kan lah perut anda tanpa convert Korean Won to Ringgit Malaysia sebab boleh menangis lah. Serious talk!
So harap korang faham lah kenapa kos perbelanjaan per person yang saya tulis ni macam murah ke apa ke. Hehehe tapi budget does not matter pun, as long as you're enjoying your trip to the fullest, you're all set! Okay, ini dia cost breakdown untuk trip saya (per person)
- Return flight ticket = RM775
- Accomodation for 5 nights = RM242
- Internet/Pocket Wifi = RM22
- Food = ₩ 56,000 (RM215)
- Transportation (subway + bus) = ₩56,500 (RM216)
- Miscellaneous (Expenses + Souvenirs) = ₩ 43,800 (RM166)
- Everland Entrance ticket = USD 31 (RM139)
- Nami Island (ferry) = ₩ 8,000 (RM30)
- Petite France = ₩ 6,000 (RM23)
- Garden Of Morning Calm = ₩ 7,500 (RM 28)
- Gyeongbukgong Palace = ₩ 3,000 (RM11)
- Jimjilbang (Korean bath house) = ₩ 10,000 (RM38)
TOTAL SPENT = ~RM 1,905
Read on for more details.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Nak buat research semua benda memang susah, maka adanya saya disini ingin mengurangkan beban awak awak semua 😉
Saya akan kongsikan semua benda yang berlaku sepanjang trip saya - perbelanjaan, itinerari 6 hari plus beberapa tips dan info berguna di Seoul & Gyeonggi-do.
Saya akan pecahkan kepada 4 bahagian:
BAHAGIAN 1: Benda yang dibayar dalam Ringgit Malaysia (RM)
BAHAGIAN 2: Benda yang dibayar dalam Korean Won (₩)
BAHAGIAN 3: Info Info berguna di Seoul & Gyeonggi-do
BAHAGIAN 4: 6D5N itinerary untuk Seoul & Gyeonggi-do
Makluman : Semua nombor yang menggunakan simbol ~ (cth: ~RM800) adalah nombor anggaran sahaja.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
BAHAGIAN 1: Benda yang dibayar dalam Ringgit Malaysia (RM)
Bahagian 1 mengandungi beberapa perkara iaitu:
a) Flight (~RM775)
b) Penginapan (RM242)
c) Internet/Pocket Wifi (RM22)
d) Tiket Everland (RM139)
TOTAL (Flight + Penginapan + Internet/Pocket Wifi + Tiket Everland) = ~RM1,178 per person
1.a) Flight (~RM775)
Well, saya booked tiket flight bulan Jun untuk trip 6H5M pada bulan Ogos. Masa tu, kitorang dapat promo AirAsia which is RM699 untuk pergi balik dari Kuala Lumpur ke Seoul (Incheon International Airport). Memang murah waktu tu. So, saya add-on meal (pergi balik) dan juga insurans. So total Flight + meal + insurans adalah lebih kurang ~RM775.
Kitorang kiranya macam dapat good deal jugak lah from AirAsia since harga biasa untuk ke Seoul lebih kurang RM1,000 - RM1,500. Kalau beli direct from AirAsia tanpa promo, harga memang akan mahal sikit untuk pergi balik. Contoh;
tapi kalau korang rasa macam tak berbaloi naik AirAsia sebab bayar mahal mahal tapi takda leg rest + sempit sikit. Korang boleh subscribe jadi member Malaysia Airlines sebab MAS ada juga tawarkan promo promo yang agak berbaloi kalau kita subscribe through email. MAS akan senaraikan tempat dan harga tiket one-way & return but obviously harga return lagi berbaloi daripada one-way. Pandai pandai lah compare price. Tengok mana lagi berbaloi. MAS offer 30kg check in luggage + In flight meal pergi balik within that price (kalau tak silap). So, ini contoh yang Malaysia Airlines tawarkan May lalu;
TIP 1: Kalau korang travel secara berkumpulan, lebih baik beli tiket dalam satu booking number je. So let's say korang decide nak check in 20kg luggage pergi balik, korang boleh share check in luggage. Asalkan tak lebih 20kg.
TIP 2: Boleh jugak semak laman web yang bandingkan/tawarkan harga tiket penerbangan yang murah seperti Skyscanner, Cheapflights & Expedia.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
1.b) Penginapan (RM242)
Okay memandangkan kami pergi sekeluarga, kitorang memang perlukan private space yang mana hanya kitorang satu family je dalam satu tempat dengan harga yang berpatutan. Luckily, saya dapat book satu small apartment through Airbnb yang dekat sangat dengan Sinseoldong Subway Station (5 mins walking distance). Apartment yang kitorang stay ni ada tempat masak, washing machine and semua complete lah (well furnished) pinggan mangkuk, sabun basuh baju, sabun basuh pinggan, periuk semua disediakan. Microwave pun ada. So, soal makanan kitorang tak risau sangat sebab boleh masak sendiri dan dijamin halal 100% sebab bahan bahan mostly dibawa dari Malaysia.
Apartment ni berharga RM1,210 untuk 6 hari 5 malam. Jadi harga per person untuk apartment ini adalah sebanyak RM242 (RM48.40 untuk satu malam seorang)
Apartment ni pun dekat dengan convenience store (macam 7 Eleven) so tak payah risau. Instant rice, tuna kimbap, banana milk, pepero semua ada. Convenience store satu bangunan dengan apartment kitorang tapi located dekat tingkat 1. Kira senang lah nak pergi beli snacks & drinks. Apartment ni jugak dekat dengan E-mart (ala ala Tesco gitu) rasa rasa nak beli groceries situ pun boleh. P/s: Snacks dari Malaysia pun ada tau.
TIP : Kalau rasa macam nak fefeeling macam orang Korea, boleh lah cuba book tempat dengan Airbnb. Jangan lupa baca reviews dulu sebelum tempah untuk mengelakkan daripada anda berduka lara. Huhuhu
PROMO : Dapatkan potongan harga sebanyak RM120 untuk trip pertama anda dengan Airbnb dengan klik link dibawah.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
1.c) Internet/Pocket Wifi (RM22)
Korea Selatan merupakan negara mempunyai internet yang terlaju didunia dengan purata kelajuan sebanyak 29 Mbps. Di Seoul, sangat senang untuk dapatkan Wifi percuma. Untuk connect wifi, kita cuma perlu cari Wifi Hotspots di Seoul.
Untuk melancarkan segala pergerakan, saya decide untuk sewa Pocket Wifi untuk kegunaan satu family. Kami menyewa pocket wifi ni sebab taknak bertukar tukar wifi sepanjang perjalanan. Di Subway Station pun ada wifi tapi saya tak pernah sempat nak guna wifi tu sebab train cepat sangat sampai plus wifi tu ada kat subway station je tapi dalam subway takdok dah.
Wifi jugak senang nak cari di Cafe atau restoran yang ada di Seoul. Dengan syarat kena jadi customer baru boleh guna lah. Sama macam kat Malaysia lah lol.
Kami pilih Wiyo sebab Wiyo berlandaskan di Malaysia so senang nak collect/return kot? Haha sebenarnya sebab harga deposit yang mereka perlukan adalah sebanyak RM200 sahaja. Kalau nak dibandingkan dengan harga poket wifi yang ditawarkan di Korea, mereka memerlukan deposit sebanyak ₩200,00 yang mana sangat mahal kalau convert ke RM.
Tambahan pula, waktu kami sewa pocket wifi dengan Wiyo, wiyo ada tawarkan 10% diskaun kepada first timer. Well, adalah jugak diskaun. huhu Harga asal untuk poket wifi di Korea ialad RM20/sehari so bila dah tolak diskaun semua, total penyewaan termasuk deposit (refundable) ialah RM307. Tak termasuk harga deposit, seorang hanya perlu bayar RM22 sahaja untuk poket wifi selama 6 hari.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
1.d) Tiket Everland Theme Park (RM139)
Memandangkan tiket Everland ni saya bayar dalam USD tapi melalui Paypal, considered saya bayar dalam Ringgit Malaysia lah hehe. Everland Theme Park merupakan taman tema yang terletak di luar bandar Seoul. Kami book tiket melalui Trazy sebab harga yang ditawarkan untuk seorang harga dewasa adalah USD 31 yang mana harganya lebih murah berbanding harga yang dibeli secara terus di kaunter sama ada Kaunter Pelancong Asing atau biasa.
Harga tiket masuk mungkin berbeza mengikut tawaran laman laman web seperti Trazy dan sebagainya. Harga asal tanpa sebarang promo adalah lebih kurang ₩ 54,000
TIP : Kalau boleh, tak payahlah beli Xpress Q-Pass kalau pergi time weekday sebab waktu menunggu untuk ride yang popular tak terlalu lama melainkan public holiday + Q Pass tu hanya valid untuk satu ride je. So beli bila perlu je. Compare waiting time Q Pass & biasa punya lane. Kalau takda beza sangat, lebih baik untuk tidak beli :')
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
TIP : Kalau boleh, tak payahlah beli Xpress Q-Pass kalau pergi time weekday sebab waktu menunggu untuk ride yang popular tak terlalu lama melainkan public holiday + Q Pass tu hanya valid untuk satu ride je. So beli bila perlu je. Compare waiting time Q Pass & biasa punya lane. Kalau takda beza sangat, lebih baik untuk tidak beli :')
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
BAHAGIAN 2: Benda yang dibayar dengan Korean Won (₩)
- Food = ~₩ 56,000 (~RM215)
- Transportation (subway + bus) = ~₩56,500 (~RM216)
- Miscellaneous (Expenses + Souvenirs) = ~₩ 43,800 (~RM166)
- Nami Island (ferry) = ~₩ 8,000 (~RM30)
- Petite France = ₩ 6,000 (RM23)
- Garden Of Morning Calm = ₩ 7,500 (RM 28)
- Gyeongbukgong Palace = ₩ 3,000 (RM11)
- Jimjilbang (Korean bath house) = ₩ 10,000 (RM38)
TOTAL : ~₩ 190,800 (~RM723)
BAHAGIAN 3: Info Info Berguna Di Seoul & Gyeonggi-do
SUBWAY
Peringatan mesra, perkhidmatan subway di Korea memang akan menggunakan kaki anda sepanjang masa. Naik turun tangga dan jalan yang agak jauh. Maka adalah sangat disarankan untuk memakai kasut yang selesa untuk berjalan jauh :)
TAXI
Taxi sangat mudah untuk dijumpai di Korea. Taxi biasa berwarna Silver & Orange. Manakalah, Taxi Deluxe berwarna hitam. Pembayaran boleh dilakukan secara tunai ataupun menggunakan transportation card & kebanyakan pemandu teksi tak bercakap bahasa inggeris.
TIP : Untuk melancarkan pergerakan, search di Google destinasi anda dan tunjukkan kepada pemandu teksi tulisan korea yang dipaparkan bila anda search destinasi anda tadi.
Disebabkan saya tak berapa nak mahir dengan route subway di Korea, saya menggunakan aplikasi ini. Sangat membantu! Sebenarnya banyak lagi aplikasi untuk subway di Korea, tapi saya guna aplikasi Explore Seoul Subway & aplikasi ini boleh digunakan secara offline tanpa internet.
Download via App Store
Download via Play Store
2. HALAL KOREA
Korea Selatan telah melancarkan aplikasi HALAL KOREA untuk muslim traveller. Aplikasi ini sangat membantu untuk muslim mencari makanan halal di Korea. Yang menarik pada aplikasi ini, ianya menyediakan frasa frasa dalam bahasa korea untuk mencari makanan halal & juga mempunyai sistem scan bar code untuk mengetahui isi kandungan sesuatu makanan tersebut namun untuk menggunakan aplikasi ini anda memerlukan internet.
Download via App Store
Download via Play Store
3. NAVER KOREAN DICTIONARY & TRANSLATE
Saya mencadangkan agar anda semua menggunakan aplikasi ini untuk translate ke bahasa korea sebab apps ni translate lagi tepat berbanding Google Translate.
ESCALATOR
Berdiri di sebelah kanan, jalan di sebelah kiri.
PHRASES (FORMAL)
- Hello = An-nyeong-ha-se-yo
- Yes = Ne (Bunyi macam "Ne"nek bukan "Ne"nas)
- No = A-ni-yo
- Thank you = Kam-sa-ham-ni-da
- Sorry = Je-song-ham-ni-da
- It's Okay/It's Alright/Are you okay? = gwaen-cha-na-yo
- Excuse Me = Sil-ye-hap-ni-da / Jo-gi-yo
- Is it too far? = Neo-mu mweon-dae?
- Pork Meat = Dwae-ji ku-gi
There is also a few phrases to use when buying and eating in Korea. Drop your email in the comment section, I'll forward it to you. (If you want to)
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
BAHAGIAN 4: Itinerari 6 Hari 5 Malam di Seoul
DAY 1 (Khamis)
Kami berlepas dari Malaysia pada pukul 8.00 pagi dan sampai di Seoul (Incheon International Airport) lebih kurang 3.30 petang.
5.30pm : Naik Airport Limousine Bus ke Sinseoldong (₩10,000)
7pm : Check in Airbnb
9pm : Pergi Cheongyangni Station untu beli tiket ITX ke Nami Island dan sebagainya. (₩7,700 tiket pergi balik)
10pm : Balik Airbnb
DAY 2 (Jumaat)
10am : Gyeongbukgong Palace (₩3,000 entrance fee)
11.30am : Gwanghwamun Square
12pm : Lunch @ Hajj Restaurant, Itaewon
12.20pm : Solat Jumaat @ Seoul Central Mosque
2pm : K-Star Road
2.30pm : JYP Entertainment
4pm : SM Town @ coexartium
4.50pm : Coex Mall
9.30pm : Dongdaemun Design Plaza
DAY 3 (Sabtu)
Memandangkan hari Jumaat semalam kitorang dah macam letih + kaki nak tercopol, kitorang decide untuk start harini lambat sikit huhuhu.
9.30am : Ihwa Mural Village
10.15am : Naksan Park
12.15pm : Insadong
1.30pm : Dosirak @ Tongin Market
2.30pm : K Style Hub (Solat)
4pm : Namdaemun Market
5.30pm : Hongdae
6.30pm : Thanks Nature Cafe @ Sheep Cafe
10pm : Jimjilbang
11.30pm : Back to Airbnb Place
9.30am : Ihwa Mural Village
10.15am : Naksan Park
12.15pm : Insadong
1.30pm : Dosirak @ Tongin Market
2.30pm : K Style Hub (Solat)
4pm : Namdaemun Market
5.30pm : Hongdae
6.30pm : Thanks Nature Cafe @ Sheep Cafe
10pm : Jimjilbang
11.30pm : Back to Airbnb Place
DAY 4 (Ahad)
Harini kami semua memang takda choice, kami kena bangun awal pagi sebab nak kena kejar train kitorang ke Cheongpyeong Station sebab masa nak beli tiket ITX hari Khamis haritu, tiket pukul 8.16am ke Cheongpyeong dah sold out :( So kitorang memang tak berapa nak prepare sangat pasal standing/upstairs punya tiket. So, terpaksa lah kami ambil train pukul 7.20am. Nasib baik dekat je dengan Airbnb kitorang. Then, kalau nak naik Gapyeong City Tour Bus make sure tanya driver dulu pergi tak destinasi yang dituju sebab kitorang salah naik bas. So, dah bazir masa sikit kat situ.
7am : Naik ITX Cheonchun ke Cheongpyeong Station (40 min)
9.30am : Naik Gapyeong City Tour Bus (₩2,500 all day ticket)
10.30am : Petite France
1pm: Garden Of Morning Calm
4pm : Nami Island & late lunch @ Asian Cuisine Restaurant (dekat dengan surau)
7pm : Gapyeong Station
8.30pm : Myeongdong
10pm : Back to Airbnb Place
DAY 5 (Isnin)
Yeay, harini kitorang pergi Everland Theme Park. All day long kat sana sampai 9.30pm hehu. Kalau nak reserve shuttle bus ke Everland, korang boleh suruh receptionist hotel or sape sape yang ada local punya number sebab lagi senang macam tu tapi kalau nak beli tiket direct masa nak naik bas pun boleh cuma takut full (kalau tak silap). Boleh refer laman web Everland ye untuk keterangan lanjut. We gotta say, pergi hari Isnin macam good choice lah sebab Everland tak ramai sangat orang + it was a little bit rainy petang tu so yeah.
9.50am : Naik Everland shuttle bus @ Dongdaemun
11am : Everland
10.30pm : Makan shrimp burger @ Lotteria near Dongdaemun
11.30pm : Singgah E-Mart beli groceries untuk breakfast esok.
12am : Back to Airbnb Place
DAY 6 (Selasa)
It's our last day :(
10am : Seoul Folk Flea Market
11am : Check Out Airbnb
1pm : Jalan jalan di Incheon International Airport
10pm : Arrived in Malaysia (time for Nasi Lemak, Roti Canai, Kuey teow and all!)
8.30pm : Myeongdong
10pm : Back to Airbnb Place
DAY 5 (Isnin)
Yeay, harini kitorang pergi Everland Theme Park. All day long kat sana sampai 9.30pm hehu. Kalau nak reserve shuttle bus ke Everland, korang boleh suruh receptionist hotel or sape sape yang ada local punya number sebab lagi senang macam tu tapi kalau nak beli tiket direct masa nak naik bas pun boleh cuma takut full (kalau tak silap). Boleh refer laman web Everland ye untuk keterangan lanjut. We gotta say, pergi hari Isnin macam good choice lah sebab Everland tak ramai sangat orang + it was a little bit rainy petang tu so yeah.
9.50am : Naik Everland shuttle bus @ Dongdaemun
11am : Everland
10.30pm : Makan shrimp burger @ Lotteria near Dongdaemun
11.30pm : Singgah E-Mart beli groceries untuk breakfast esok.
12am : Back to Airbnb Place
DAY 6 (Selasa)
It's our last day :(
10am : Seoul Folk Flea Market
11am : Check Out Airbnb
1pm : Jalan jalan di Incheon International Airport
10pm : Arrived in Malaysia (time for Nasi Lemak, Roti Canai, Kuey teow and all!)
And... yeayyyy that's the end of our trip! Semoga post ni sangat membantu untuk korang semua. Manse!
3 comment(s)
perpect������
ReplyDeleteGood sharing! Full of information :)
ReplyDeleteOh my, THIS IS FUN AND AMAZING!
ReplyDeleteI think orang yang nama Khairul Idzwan memang suka travel dan blogging kot. hahahahaaahhaa.
Salam kenal, from another, more senior, Khairul Idzwan.